IQNA

Kehadiran berjuta-juta jemaah ziarah di makam Alawi pada malam kesyahidan Imam Ali + gambar

18:01 - April 01, 2024
Berita ID: 3104183
IQNA - Makam suci Imam Ali bin Abi Thalib di Najaf Asyraf menyaksikan kehadiran berjuta-juta jemaah ziarah dari seluruh Iraq dan pelbagai negara pada malam kesyahidannya (as).

Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat wilayah makam suci Alawi; Makam suci Imam Ali (as) di Najaf Asyraf menyaksikan kehadiran berjuta-juta jemaah ziarah yang datang dari seluruh Iraq dan pelbagai negara ke tempat suci ini pada malam kedua Qadr, yang bertepatan dengan kesyahidannya (as).

Jemaah ziarah di wilayah makam Alewi pada malam kesyahidan Imam Ali (as) berkabung atas kesyahidan Imam yang mulia ini.

Sehubungan itu, para khadim wilayah makam Alawi yang berjumlah kira-kira 2,000 sukarelawan mengerahkan seluruh kekuatan mereka untuk menyediakan perkhidmatan lapangan; keagamaan, keselamatan, media, sambutan, penerangan dan tabligh kepada jemaah ziarah.

Juga, dengan penyelarasan jabatan keselamatan, kesihatan dan perbandaran Najaf, pentadbiran Makam Suci Imam Ali (as) melakukan usaha yang luar biasa untuk melayani jemaah ziarah dari segi layanan dan pengangkutan.

captcha