IQNA

Apa itu Al-Quran? / 16

Kitab yang hanya dapat dicapai oleh orang-orang suci

16:49 - July 22, 2023
Berita ID: 3102904
TEHRAN (IQNA) - Al-Quran adalah kitab suci yang tiada siapa kecuali orang yang suci dapat mencapai kebenaran kitab ini, kerana kitab ini mempunyai banyak kebaikan untuk manusia dan membimbing manusia ke jalan yang benar, sangat penting untuk mengetahui mereka yang boleh mencapai kebenaran kitab ini.

Di dalam Surah Al-Waqiah, Allah SWT telah menyebutkan sifat Al-Quran dan menjadikan pencapaian kebenaran itu eksklusif untuk orang-orang tertentu. Dalam ayat 79 Surah Al-Waqiah, Allah berfirman: 

لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ
“Yang tidak disentuh melainkan oleh mereka yang telah disucikan". (Qs, Al-Waaqi'ah 56:79). 

Mengenai « ٱلْمُطَهَّرُونَ» mereka yang suci ada dua aspek disebutkan dalam ayat ini:

1. Kesucian zahir
Menurut beberapa hadis, maksud «لَّا يَمَسُّهُۥٓ» "tidak menyentuh" dalam ayat ini ialah tidak menyentuh tanpa berwuduk. Maksudnya, manusia wajib berwuduk apabila menyentuh ayat-ayat Al-Quran, kerana wuduk itu menyucikan jiwa dan raga serta memberi impak yang besar kepada kesucian dan ketulusan jiwa dan roh manusia.

Imam Redha (as) «امام رضا (ع)» berkata yang bermaksud: 
"Allah telah memerintahkan wuduk dan memulakan solat dengan wuduk supaya apabila hamba itu berdiri di hadapan Allah dan berdoa kepadanya, bersih dan suci serta taat kepada perintahnya serta bersih dari kekotoran dan kejelekan".

Mengikut jenis kesucian ini, semua manusia boleh menyentuh Al-Quran dalam keadaan berwuduk.

2. Kesucian batin
Kesucian jenis ini hanya untuk orang tertentu sahaja dan tidak termasuk semua manusia. Dalam satu ayat, surah Al-Ahzab, Allah memperkenalkan contoh orang yang suci dan yang disucikan Tuhan: 

 إِنَّما يُريدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكُمْ تَطْهيرا
"Sesungguhnya Allah hanya hendak menghilangkan kotoran dan dosa (perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu) - wahai "Ahlulbait" dan hendak mensucikan  kamu sesuci-sucinya". (Qs, Al-Ahzaab 33:33).

Dalam tafsir ayat ini telah jelas menentukan contoh Mereka yang suci itu adalah 5 orang Ahlulbait nabi (SAW); Diriwayatkan daripada isteri Nabi bahawa: Rasulullah (SAW) berada di rumahnya dengan memakai jubah yang diperbuat daripada kain Khaybar (عبايى بافت خيبر), ketika bagibda (SAW) berbaring menyelimuti diri beliau dengan jubah tersebut, putri beliau Fatimah Zahra datang membawa makanan, Rasulullah bersabda: Panggillah suamimu dan dua anakmu Hassan dan Hussein. Fatimah kembali dengan bersama mereka (Ali, Hassan dan Hussain as) ), apabila mereka sedang memakan makanan itu, turunlah ayat ini: 

«إِنَّما يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً»
"Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan perbuatan keji daripada kamu, Ahlulbait, dan mensucikan kamu sepenuhnya."

Maka Rasulullah (SAW) menarik banyak kain yang ada padanya, kemudian baginda mengeluarkan tangannya dari bawah kain nya dan mengarahkannya ke langit, dan berdoa:

"Ya  Allah, ini adalah keluargaku dan orang-orang istimewaku, maka hilangkan rijis - segala jenis dosa daripada mereka, dan sucikan mereka! baginda mengulangi perkataan ini tiga kali".

Menurut riwayat ini dan riwayat lain yang telah diriwayatkan, yang dimaksud "Ahlulbait" dalam ayat ini dan dalam doa baginda Rasulullah (SAW) merujuk kepada empat belas orang yang tidak akan memiliki dosa dan mereka dilindungi Allah daripada sebarang jenis dosa. 

Oleh itu Ahlulbait adalah orang yang bersih dan suci, yang menyedari kebenaran Al-Quran, dan tidak ada yang dapat mencapai hakikat Al-Quran kecuali mereka, oleh itu pembelajaran kandungan Al-Quran mesti dari pengajaran mereka (as).

captcha