IQNA

Seorang kanak-kanak Gaza menghafal seluruh Al-Quran dalam tempo lapan bulan + Gambar

7:12 - May 26, 2022
Berita ID: 3101112
TEHRAN (IQNA) - Rashad Abu Ras, seorang kanak-kanak Palestin, telah genap lapan bulan menghafaz seluruh Al-Quran dan menjadi penghafaz Al-Quran termuda di Gaza tahun ini.

Laporan IQNA, memetik Al-Jazeera; Rashad Abu Ras, seorang kanak-kanak di Semenanjung Gaza, telah berjaya menamatkan hafalan Al-Quran dalam tempoh lapan bulan, menjadikannya penghafaz Al-Quran Gaza paling muda tahun ini.

Ayah Rashad berkata: "Dia menyertai Madrasah Dinniyah untuk belajar Al-Quran, dan salah satu perkara yang paling penting yang saya rasakan ialah Tuhan menghendaki kebaikan anak saya, menjadi salah seorang penghafal Al-Quran' pada usia muda ini."

Beliau menambah: "Apabila Rashad selesai menghafaz Al-Quran, saya merasakan bahawa Allah telah menjawab dan meletakkan petunjuk kepadanya, kerana Al-Quran adalah petunjuk terbesar bagi manusia."

Ayah Rashad menasihati untuk para ibubapa dan berkata: "Janganlah sesiapa menyangka bahawa Al-Quran adalah penghalang untuk menuntut ilmu; Sebaliknya, Al-Quran adalah jalan untuk membimbing manusia. Allah Taala berfirman: "Ayat-ayat itu diturunkan kepada orang-orang yang menerima ilmu"; Oleh itu, saya bersumpah demi Allah, jika anda membesarkan anak-anak anda dalam Al-Quran, ia akan menjadi keselamatan untuk anda dan mereka di dunia dan akhirat."

بَلْ هُوَ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ ۚ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ *

"(Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu; dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim." (Qs, Al-'Ankabuut 29:49).

4059570

captcha