IQNA

Hospital di Singapura perlihat jenis tudung dibenarkan dipakai kakitangan Muslimah, Isnin ini

11:40 - October 28, 2021
Berita ID: 3100339
TEHRAN (IQNA) - Beberapa hospital di negara ini menawarkan sekilas pandang tudung yang boleh dipakai oleh kakitangan Muslimah di tempat kerja, mulai Isnin ini.

Berita Mediacorp melaporkan, tudung rekaan SingHealth misalnya ada belahan bagi pelitup pembedahan dan juga stetoskop untuk memudahkan tugasan mereka.

Kakitangan Muslimah boleh memilih untuk membeli tudung yang dibenarkan itu atau memakai tudung mereka sendiri yang mematuhi garis panduan hospital.

Kakitangan SingHealth juga boleh memadankan tudung berwarna putih atau kelabu dengan seragam mereka.

Namun, mereka tidak dibenarkan memakai tudung mereka sendiri dalam persekitaran yang berisiko tinggi, seperti di bilik pembedahan.

Menurut SingHealth, pihaknya sedang mengambil kira penggunaan tudung pakai buang dalam persekitaran steril.

Bagi IHH Healthcare, yang mengendalikan hospital seperti Mount Elizabeth dan Gleneagles, ia akan menggunakan warna-warni yang berbeza bagi setiap jawatan.

Jururawat akan memakai warna kuning air, kakitangan pentadbiran dipadankan dengan warna biru manakala kakitangan F&B memakai tudung berwarna hitam.

Mereka turut dibenarkan memakai tudung mereka sendiri sekiranya sepadan dengan gaya yang dibenarkan oleh IHH.

utusan.com

captcha