IQNA

40 tahun jadi tukang cuci Masjidil Haram

12:57 - September 26, 2021
Berita ID: 3100198
TEHRAN (IQNA) - Seorang warga Pakistan yang datang ke Arab Saudi pada 1983 tidak menyangka dia sudah berkhidmat selama 40 tahun sebagai pekerja pembersihan di Masjidil Haram.

Ahmed Khan Qandal berasal dari Mandi Bahauddin, Pakistan, mengunjungi negara ini ketika berusia 23 tahun.

Tahun berganti tahun dan lelaki berusia 61 tahun yang dikenali dengan ketekunannya ketika bekerja, kini adalah penyelia bagi kerja pembersihan di tanah suci.

“Sejak saya datang ke Arab Saudi 40 tahun lalu, saya merasakan seperti sebuah keluarga dan tidak pernah berasa terasing.

“Setiap kali berjumpa orang baharu, mereka kerap memberitahu saya bertuah dapat berkhidmat untuk Masjidil Haram. Saya bersyukur kerana sentiasa dekat dengan kaabah dan ini adalah penghormatan buat diri saya,” katanya kepada Arab news.

Ahmed Khan tiba buat kali pertama di negara ini semasa zaman pemerintahan Raja Fahd Abdulaziz.

Jelasnya, menyaksikan proses pembaikan Kaabah semasa pemerintahan Raja Fahd adalah detik terpenting dan terindah dalam hidupnya.

“Saya bekerja membersihkan halaman luar dan kira-kira empat tahun kemudian, Masjidil Haram semakin berkembang dan saya menjadi saksi bagaimana umat Islam menunaikan ibadah dengan lebih selesa,” jelasnya.

Selain bertugas di Masjidil Haram, Ahmed Khan pernah bekerja di syarikat pembersihan selama 11 tahun sebelum berpindah ke Saudi Binladin Group.

utusan.com.my

captcha