Dalam ucapan secara maya kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abbas meminta Setiausaha Agung pertubuhan itu, Antonio Guterres untuk mengadakan persidangan damai antarabangsa.
Tetapi seiring dengan permintaan itu, beliau juga mengeluarkan tuntutan akhir.
"Kita harus menyatakan bahawa Israel, memiliki satu tahun untuk keluar daripada wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967, termasuk Baitulmaqdis Timur," katanya.