IQNA

Fenomena unik yang berlaku ketika perjalanan Ziarah Arbaeen Huseini + video

TEHRAN (IQNA)- Sekitar 10 hingga 20 tahun terakhir, ada kenyataan bahawa dunia telah muncul, atas nama Cinta, satu demi satu mendaftarkan nama di pusat-pusat pengurusan imigrasion dan pelancongan daerah dan negara untuk mengisytiharkan Cinta di sekitar Makam suci para syuhada Karbala.

Sekitar 10 hingga 20 tahun terakhir, ada kenyataan bahawa dunia telah muncul, atas nama Cinta, satu demi satu mendaftarkan nama di pusat-pusat pengurusan imigrasion dan pelancongan daerah dan negara untuk mengisytiharkan Cinta di sekitar Makam suci para syuhada Karbala.

Mereka sebagai Jemaah Ziarah al-Husein bin Ali dan Fathimah azZahra binti Rasulillah Muhammad saw, tidak kira siapa, berpangkat, kedudukan, lelaki, wanita, tua, muda dan anak, sihat atau sakit, normal atau OKU, anggota badan yang sempurna atau kehilangan tangan, kaki, mata, telinga dan pelbagai penampilan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, tetapi hanya dapat dirasakan, diperhatikan dan difikirkan tentang makna yang sejajar membentuk pesona dinamis yang penuh dengan keindahan, ini cukup untuk mengingatkan kata-kata Srikandi Karbala Zeinab al-Aqilah, Saudari kandung pemimpin pemuda syurga, al-Husein yang dibunuh oleh tentera biadab Yazid bin Muawiyah bin Abi Sofiyan pada tahun 61 Hijriah, peristiwa yang ditakdirkan ini tidak dapat ditutup oleh penguasa yang tidak adil pada zaman itu, kerana itu adalah fakta yang dapat memberi tenaga gerak dan cinta yang sukar dibicarakan tetapi indah tersembunyi di lubuk hati yang paling dalam yang hanya ingin disambut oleh yang dicinta, dengan penuh keyakinan akan memberi syafaat pada hari orang memerlukan syafaatnya dan tidak ada izin untuk memberi syafaat pada hari itu kecuali dari keluarga suci Nabi Muhammad (saw).

Nabi Muhammad (saw) adalah Nabi terakhir Allah, yang mempunyai keluarga suci, yang dipilih oleh Allah (swt) sendiri untuk terus memperjuangkan keselamatan Islam hingga titisan darah terakhir seperti yang dibuat oleh Al-Husein, cucu kesayangan Nabi Muhammad (saw) yang bersabda:

اَلْحُسَیْنُ مِنِىْ وَ أَنَا مِنْ حُسَيْن

yang bermaksud :
"Husein dariku dan Aku dari Husein". (alHadist Nabawi)

Oleh itu, tidak salah jika para Kekasih Al-Husein setiap tahun dari bulan Muharram hingga bulan Sofar, membentangkan manuver berjuta-juta jemaah dalam perjalanan ziarah Walking to Karbala yang penuh dengan ketenangan, karismatik dan penuh cinta. 

Hazrat Zeinab ketika menjawab soalan Yazid: bagaimana Kamu melihat Musibah keluargamu!?:

ماَ رَئَيْتُ إِلاَّ جَمِيْلاً
"Tiada Aku melihat kecuali keindahan sahaja".

Demikian tingginya kefahaman iman dan makrifat keluarga suci kenabian Baginda Rasulillah Muhammad saw, sebagai menjalankan firman Allah swt :
فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا
"Maka bersabarlah dengan kesabaran yang indah (baik sempurna)."(Qs.alMa'arij:5).